Mempromosikan kraf tangan di Sarawak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Fazreena Binti Abdul Majid, dari sekolah Kolej Vokasional Miri. Ini adalah salah satu tugasan folio yang diberikan oleh cikgu. Tugasan ini perlu mempromosikan kraf tangan di Sarawak menggunakan blog. Ini adalah kali pertama saya menggunakan blog. Sekiranya ada maklumat salah atau sebagainya, anda boleh ubah di ruang komen. Seperti pantun "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.”
Sebelum saya menceritakan sedikit-sebanyak
jenis kraftangan di Sarawak, saya ingin
menjelaskan apa itu kraftangan. Kraftangan adalah apa-apa barang artistik
yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan dihasilkan dari
sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebagiannya kepada kemahiran
tangan dan termasuk apaapaa keluaran batik dan sebagainya. Seperti di
Sarawak, banyak menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada pelbagai kaum.
Kebiasaannya, pelancongan yang dilawati ke Sarawak pasti akan membeli
kraftangan. Kerana di hanya Sarawak mudah untuk mendapatkan
kraftangan. Di luar, mungkin harganya sangat mahal. Tapi di Sarawak banyak
kedai-kedai yang menawarkan barang-barangan kraftangan yang sangat murah.
Kraftangan banyak jenis-jenis yang ada
dan sangat cantik. Anyaman adalah salah satu kraftangan yang sangat
terkenal dan juga dikegemari oleh wisatawan yang datang. Contohnya, bakul
tambok dan terendak.
Bakul tambok seperti ingan. Ia berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu. Bakul ini dianyamkan oleh orang Bidayuh. Mereka menganyam dengan rotan yang disusun
menegak dan juga melintang. Kaum
Bidayuh, kebiasaannya mereka menggukamen bakul tambok ini sebagai media untuk
mengangkut perolehan dari hutan. Ia digunakan untuk mengangkat di bahu dan
talinya lebar di Sangkuriang pada dari si pengangkat. Bakul ini
diperbuat daripada hasil hutan seperti bambu, rotan atau damar, daun nipah dan banyak lagi.
diperbuat daripada hasil hutan seperti bambu, rotan atau damar, daun nipah dan banyak lagi.
Selain bakul tambok yang dihasilkan dengan jenis
anyaman, terendak juga dihasilkan dengan anyaman juga. Masyarakat di
Sarawak sangat etnik terutama orang Bidayuh. Mereka sangat dikenali dengan
topi tradisionalnya iaitu Terendak. Saiznya agak besar dan berbentuk kon
dan ia dibuat daripada daun nipah. Topi ini juga digunakan sebagai
perlindung. Perhiasan bermula dari bahagian tengah keatas dan ia berwarna hitam
dan merak. Tali rotan dijahit di sekeliling topi untuk mengukuhkannya. Pada
masa kini, Terendak bukan sahaja berfungsi untuk perlindungan tetapi ia sebagai
perhiasan dinding.
Kemudian ialah jenis-jenis batik. Batik berasal daripada perkataan Jawa ‘amba’ yang bermaksud menulis dan yang
bermakna. Balik merujukkan kepada kain yang bercorak yang terang dan menarik.
Pada awalnya baju batikkerap dikenalkan pada acara-acara rasmi. Tetapi pada
masa kini, baju batik mulai berkembang ia menjadi pakaian seharian terutama
digunakan oleh kaum wanita. Pegaiwai swasta biasanya memakai batik pada hari
Khamis ataupun Jumaat.
Pua Kumbu Sarawak ataupun dikenalkan juga sebagau tenunan ikat adalah seni
tenunan yang kebiasaannya dihasilkan oleh wanita iban di Sarawak. Ia adalah
hasil tenunan daripada benang kapas. Pua Kumbu pula adalah merupakan salah satu
jenis kain pua yang sangat terkenal di kalangan masyarakat di Sarawak. Kain ini
berwarna kemerah-merahan ataupun coklat tua. Reka corak yang biasa digunakan
ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian.Antara motif-motif yang
digunakan adalah motif fauna, motif flora, dan juga motif engkeramba.
Akhir sekali, alat muzik
tradisional di Sarawak iaitu Seruling. Seruling juga merupakan salah satu alat
muzik tradisional di Sarawak. Bagi masyarakat Kayan, ia disebut ‘selingut’.
Seruling ini diperbuat daripada buluh. Satong juga diperbuat daripada buluh. Tong
pula adalah alat muzik yang dimainkan dengan meniupnya. Ia diperbuat daripada
sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.
Cara membuat alat muzik tradisional seruling ialah menggunakan bambu. Bambu bertujuan untuk digunakan membuat suling. Menggunakan bambu sebab ia memiliki tekstur yang tipis dan mudah dilubangi, pengambilan bambu sebagai bahan suling mempunyai tatacara yang telah turun-temurun, kebiasaannya ia masih dilakukan sampai sekarang. Dalamnya berfungsi agar seruling tersebut menjadi satu bunyi yang sangat menarik.
Kesimpulannya, dengan adanya
kraftangan yang ada di Sarawak ini ia menjadi penting bagi semua masyarakat
kerana dengan menghasilkan kraftangan ini penduduk tempatan dapat memperkenalkan
budaya mereka melalui pelbagai bentuk kraftangan mengikut kaum masing-masing
dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah
mengunjungi blog saya. Saya berharap agar kraftangan ini tidak akan dilupakan
oleh masyarakat dan mampu diteruskan pada generasi yang akan datang.