Saturday, March 16, 2019

Mempromosikan kraf tangan di Sarawak




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Fazreena Binti Abdul Majid, dari sekolah Kolej Vokasional Miri. Ini adalah salah satu tugasan folio yang diberikan oleh cikgu. Tugasan ini perlu mempromosikan kraf tangan di Sarawak menggunakan blog. Ini adalah kali pertama saya menggunakan blog. Sekiranya ada maklumat salah atau sebagainya, anda boleh ubah di ruang komen. Seperti pantun "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.”




Sebelum saya menceritakan sedikit-sebanyak  jenis kraftangan di Sarawak, saya ingin menjelaskan apa itu kraftangan. Kraftangan adalah apa-apa barang artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan dihasilkan dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuk apaapaa keluaran batik dan sebagainya. Seperti di Sarawak, banyak menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada pelbagai kaum. Kebiasaannya, pelancongan yang dilawati ke Sarawak pasti akan membeli kraftangan. Kerana di hanya Sarawak mudah untuk mendapatkan kraftangan. Di luar, mungkin harganya sangat mahal. Tapi di Sarawak banyak kedai-kedai yang menawarkan barang-barangan kraftangan yang sangat murah. 

Kraftangan banyak jenis-jenis yang ada dan sangat cantik. Anyaman adalah salah satu kraftangan yang sangat terkenal dan juga dikegemari oleh wisatawan yang datang. Contohnya, bakul tambok dan terendak. 






Bakul tambok seperti ingan. Ia berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu. Bakul ini dianyamkan oleh orang Bidayuh. Mereka menganyam dengan rotan yang disusun 
menegak dan juga melintang. Kaum Bidayuh, kebiasaannya mereka menggukamen bakul tambok ini sebagai media untuk mengangkut perolehan dari hutan. Ia digunakan untuk mengangkat di bahu dan talinya lebar di Sangkuriang pada dari si pengangkat. Bakul ini
diperbuat daripada hasil hutan seperti bambu, rotan atau damar, daun nipah dan banyak lagi.




Selain bakul tambok yang dihasilkan dengan jenis anyaman, terendak juga dihasilkan dengan anyaman juga. Masyarakat di Sarawak sangat etnik terutama orang Bidayuh. Mereka sangat dikenali dengan topi tradisionalnya iaitu Terendak. Saiznya agak besar dan berbentuk kon dan ia dibuat daripada daun nipah. Topi ini juga digunakan sebagai perlindung. Perhiasan bermula dari bahagian tengah keatas dan ia berwarna hitam dan merak. Tali rotan dijahit di sekeliling topi untuk mengukuhkannya. Pada masa kini, Terendak bukan sahaja berfungsi untuk perlindungan tetapi ia sebagai perhiasan dinding.






Di Sarawak bukan sahaja ada jenis anyaman, malah Tembikar pun ada. Hasil seni tembikar yang terkenal ialah labu Sayong ia adalah kraftangan kebanggaan negara kita dan terkenal di seluruh dunia. Fungsi awalnya adalah sebagai bekas menyimpan air minum di majlis kenduri, kini telah dipelbagaikan malah ia menjadi salah satu bahan hiasan dalaman yang diminati oleh orang ramai. Labu sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan. Rekaan corak permukaannya dihiasi dengan motif bunga padi,pucuk rebung,bunga cengkih dan juga calaran-calaran geometrik yang harmoni.



Labu Sayong diperbuat daripada lanah liat. Cara membuatnya adalah membentukkan labu bermula di bahagian atas kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Garis pusatnya berukuran 12.5 cm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ni dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Agar dapat membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru. Permukaanya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian tidak rata. Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu. Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan di tempat yang redup untuk menggelakkanya retak. Labu ini dibiarkan selama 15 hari.


Banyak jenis-jenis corak yang dapat kita corak di labu sayong ini. Cara membuat coraknya ialah membuat dengan alalt-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat. Terdapat banyak jenis-jenis rupa bentuk seni tembikar. Gaya bentuk atau motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi. Proses pembakaran Labu sayong tradisional bahan unutk pembakaran ialah sabut kelapa,kayu kering,buluh kering,daun pisang kering dan rumput kering.



Kemudian ialah jenis-jenis batik. Batik berasal daripada perkataan Jawa ‘amba’ yang bermaksud menulis dan yang bermakna. Balik merujukkan kepada kain yang bercorak yang terang dan menarik. Pada awalnya baju batikkerap dikenalkan pada acara-acara rasmi. Tetapi pada masa kini, baju batik mulai berkembang ia menjadi pakaian seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegaiwai swasta biasanya memakai batik pada hari Khamis ataupun  Jumaat. 


Pua Kumbu Sarawak ataupun dikenalkan juga sebagau tenunan ikat adalah seni tenunan yang kebiasaannya dihasilkan oleh wanita iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas. Pua Kumbu pula adalah merupakan salah satu jenis kain pua yang sangat terkenal di kalangan masyarakat di Sarawak. Kain ini berwarna kemerah-merahan ataupun coklat tua. Reka corak yang biasa digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian.Antara motif-motif yang digunakan adalah motif fauna, motif flora, dan juga motif engkeramba.





Akhir sekali, alat muzik tradisional di Sarawak iaitu Seruling. Seruling juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sarawak. Bagi masyarakat Kayan, ia disebut ‘selingut’. Seruling ini diperbuat daripada buluh. Satong juga diperbuat daripada buluh. Tong pula adalah alat muzik yang dimainkan dengan meniupnya. Ia diperbuat daripada sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.

Cara membuat alat muzik tradisional seruling ialah menggunakan bambu. Bambu bertujuan untuk digunakan membuat suling. Menggunakan bambu sebab ia memiliki tekstur yang tipis dan mudah dilubangi, pengambilan bambu sebagai bahan suling mempunyai tatacara yang telah turun-temurun, kebiasaannya ia masih dilakukan sampai sekarang. Dalamnya berfungsi agar seruling tersebut menjadi satu bunyi yang sangat menarik.

Kesimpulannya, dengan adanya kraftangan yang ada di Sarawak ini ia menjadi penting bagi semua masyarakat kerana dengan menghasilkan kraftangan ini penduduk tempatan dapat memperkenalkan budaya mereka melalui pelbagai bentuk kraftangan mengikut kaum masing-masing dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog saya. Saya berharap agar kraftangan ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat dan mampu diteruskan pada generasi yang akan datang.


No comments:

Post a Comment